Sunday 8 November 2015

HAK ISTERI SELEPAS BERCERAI







Selepas sang suami  melafaznya talak "AKU CERAIKAN ENGKAU DENGAN TALAK SATU " ke

atasnya diri wanita itu, apa yang wanita rasa pada masa itu....., gembira sangat atau sedih sangat.Jika 

sang suami itu kaki pukul mungkin si isteri berasa gembira tapi jika sebaliknya mungkin sedih 

teramat sangat kerana tiada tempat bergantung harap jikalau si isteri suri rumah sepenuh masa 

contohnya tidak pandai memandu kenderaan, tidak pandai hal ehwal kerja di luar. Bagaimanakah 

kehidupan si janda itu.sungguh kasihan.Terkontang kanting hidupnya selepas bercerai.Indahnya 

islam memberi hak kepada wanita selepas bercerai.



HAK-HAK WANITA SELEPAS PERCERAIAN


        1)) Mahar Yang Belum Dijelaskan

Berdasarkan hukum syarak sebarang mas kahwin yang diberikan kepada seorang isteri semasa berkahwin adalah menjadi hak isteri dan tidak boleh diambil balik oleh suami kecuali dengan izinnya, kecuali apabila berlakunya perceraian sebelum berlakunya persetubuhan.

Firman Allah,Surah An-Nisa’ :19

 Maksudnya

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kami menyakiti mereka ( dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang telah kamu kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata…..”


Ini menunjukkan bahawa, hak untuk mendapatkan mas kawin atau mahar ini merupakan hak isteri yang wajib ditunaikan oleh suami. Hak ini juga tidak akan terjejas walaupun berlakunya perceraian. Oleh itu, sekiranya jumlah penuh mas kawin atau sebahagian darinya belum dijelaskan lagi oleh suami, isteri berhak untuk menuntutnya selepas terjadinya perceraian. Berhubung dengan hak ini, Seksyen 59, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008 memperuntukkan bahawa, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin ada pada seorang isteri di bawah Hukum Syarak terhadap mas kawinnya dan pemberian kepadanya atau apa-apa bahagian daripadanya apabila pernikahannya dibubarkan. Ini jelas menunjukkan bahawa, hak-hak isteri yang diceraikan masih lagi boleh dituntut walaupun perceraian telah berlaku, dan suami wajib membayar mahar yang belum dijelaskannya terhadap isterinya.




       2))Nafkah ‘Iddah

‘Iddah dari sudut bahasa bermaksud pengiraan yang diambil daripada perkataan (adad) yang memberi makna bilangan kerana ia mengandungi tempoh suci ataupun bilangan bulan (al Zuhaily, Wahbah, Al Fiqh Al Islam wa Adillatuh,jil 7,hlm 624)

Dari sudut istilah Fuqaha pula ialah satu masa yang ditentukan untuk menamatkan apa-apa kesan daripada perkahwinan. Apabila berlaku perpisahan di antara seorang lelaki dengan isterinya maka hubungan perkahwinan antara isteri dengan suaminya tidak akan terputus kesemuanya hanya dengan berlakunya perpisahan, bahkan isterinya wajib menahan dirinya dan tidak mengahwini orang lain sehinggalah tamat tempoh yang telah ditetapkan oleh syarak tadi.

Pensyariatan ‘Iddah ini adalah untuk di atas perkahwinan yang telah berlalu. Oleh itu, tidak sah seorang perempuan yang bebas lagi mulia untuk berkahwin sebaik sahaja berlaku perceraian kerana ia dikira menghina perkahwinan yang pertama dan juga hubungan yang telah dijalin bersama yang wajib ditunaikan. Ia juga adalah satu waktu yang ditetapkan untuk memastikan kekosongan rahim dari mengandungkan anak. Maka ia boleh berkahwin selepas dari memastikan bahawa rahimnya tadi adalah kosong. Bagitu juga ‘iddah disyariatkan kerana asalnya dalam perceraian adalah talak raj’ie maka semestinya wujud peluang bagi pihak lelaki untuk rujuk kembali kepada isterinya. Maka ‘iddah adalah selama lebih kurang tiga bulan untuk meneliti kembali keadaan dirinya semoga Allah akan menyedarkannya akan sesuatu.


     3))Tunggakan nafkah

Dari segi bahasa nafkah bermaksud mengeluarkan dan membelanjakan.Nafkah menurut pandangan syarak ialah mengeluarkan perbelanjaan atau nafkah kepada mereka yang wajib atas seseorang itu menafkahkannya atau mengeluarkan belanjanya, tetapi yang dimaksudkan dengan belanja disini ialah semua hajat dan keperluan yang berlaku mengikut keadaan dan tempat seperti makanan, pakaian, tempat tidur dan sebagainya.

Nafkah wajib dibayar kepada isteri apabila berlakunya perkahwinan selama mana isteri masih taat kepada suami. Nafkah tersebut termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pekakas rumah dan lain-lain lagi menurut keadaan dan adat ditempat masing-masing  berdasarkan juga kemampuan suami untuk menyediakan keperluan tersebut.

Sekiranya isteri taat kepada isteri dan sentiasa menjaga maruah diri dan rumahtangga kepada suami, namun begitu, suami gagal menyediakan makan minum isteri dan keperluan isteri, maka akan menjadi hutang kepada suami untuk membayar nafkah yang tertunggakan tersebut. Isteri tersebut perlu membuktikan di mahkamah bahawa sepanjang perkahwinan tersebut suami telah gagal menyediakan keperluan isteri tersebut selama mana suami gagal membayar akan terbeban ke atas suami untuk menjelaskannya.


   

         4))Hak Terhadap Mut’ah

Selain dari hak seorang isteri yang diceraikan untuk menuntut nafkah, terdapat lagi hak isteri yang diceraikan untuk menuntut mut’ah. Mut’ah bermaksud pemberian oleh suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab yang patut. Ayat  Quran yang menjelaskan tentang wajib member Mut’ah kepada isteri yang diceraikan dalam surah al-Baqarah 2:241,

Maksudnya;

Dan isteri-isteri yang telah diceraikan, berhak mendapat mut’ah (pemberian sagu hati ) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang yang bertaqwa.

Hukum syarak jelas menyebut tentang kewajiapan seorang lelaki membayar mut’ah kepada isteri yang telah diceraikan seperti dalam surah Al Baqarah ayat 236 maksudnya:

“Tidaklah kami bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu ceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka, walaupun demikian, hendaklah kamu memberi mut’ah (saguhati) kepada mereka (yang diceraikan) iaitu suami yang senang menurut kemampuannya dan suami yang susah pula menuntut kemampuannya sebagai pemberian saguhati  menurut yang patut lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang yang mahu berbuat kebaikan”.



      5))Harta sepencarian

Definisi

Harta sepencarian boleh ditakrifkan sebagai harta sama ada harta alih atau tidak alih yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri semasa kewujudan perkahwinan mereka hasil dari sumber-sumber atau usaha mereka. Harta ini dikenali sebagai harta sepencarian dan menurut Adat Temenggong atau harta carian laki-bini menurut istilah Adat Pepatih.

Di Kedah, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 ada memperuntukkan dibawah seksyen 122 (1)

“Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu  perintah perceraian untuk  memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana asset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana asset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.”

Seksyen 122 (2) menyatakan pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang:-

a)      takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau usaha ke arah memperolehi asset-aset itu;

b)      apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;

c)      keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,



      6))Hak penjagaan anak (Hadhanah)

Wanita yang diceraikan juga berhak untuk mendapatkan hak mengenai penjagaan anak-anak mereka selepas berlakunya perceraian.

Definisi Hadhanah

Hadhanah dari perkataan Arab yang berasal dari perkataan  “ Hadhanah”  yang bermaksud “rusuk” atau “peluk”. Ini kerana, kelaziman bagi seorang ibu apabila ia sedang mengasuh atau mendukung anaknya maka anak tersebut akan dipangku disebelah rusuknya, jika kalimah itu dinisbahkan kepada seseorang, maka ia memberi erti mendidik atau mengasuh atau mentadbir sesuatu.

Dari segi istilah syarak pula, para ulamak membuat pelbagai definisi mengikut pemahaman mereka antaranya ialah:-

a)      Menurut al-Hanafiah, hadhanah ialah “hak penjagaan anak-anak bagi sesiapa yang dibenarkan untuk mendidik/membesarkan kanak-kanak tersebut serta menjaga dan memenuhi segala keperluannya dalam usia yang tertentu”.

b)      Al Syafiiyah pula mendefinisikan hadhanah dengan “keupayaan untuk menjaga/ mengawasi orang-orang yang tidak dapat membezakan atau tidak mampu menjaga diri mereka (seperti anak kecil dan oang gila) serta mendidik dan membesarkan mereka kearah kebaikan dan melindungi mereka daripada bahaya dan kemudharatan”.

c)      Al-Malikiyah pula mendefinasikan “ penjagaan /penyeliaan anak di dalam kediaman (rumah) dengan menyediakan makan.minum, pakaian, tempat tidur serta kebersihan dirinya”.

d)     Al Hanabilah mendefinisikan hadhanah sebagai “menjaga/menyelia budak kecil dan selainya (orang gila) daripada apa-apa yang memudharatkannya dan mendidiknya dengan sesuatu yang mendatangkan kebaikan untuknya”.

Orang Yang Diberi Keutamaan Menjaga Anak

Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa hak untuk menjaga atau memelihara anak yang belum mumaiyiz apabila terjadi sesuatu perceraian sama ada perceraian hidup atau mati adalah milik ibu. Ia merupakan satu kesepakatan oleh setiap imam mazhab yang empat, bahkan sudah menjadi ijmak terhadap masalah tersebut.

Hikmah diberikan hak hadhanah kepada ibu kerana golongan tersebut mempunyai sifat mendidik dan mengasuh seperti penyabar, belas kasihan, lemah lembut dan sebagainya yang sesuai dengan fitrah wanita.


sumber: http://www.islam.gov.my/en/selepas-perceraian-apakah-hak-wanita-yang-perlu-dituntuthttp://www.jbg.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=530&Itemid=241&lang=ms

ulasan penulis:

 Isteri yang telah diceraikan oleh suami perlu tahu bahawa walaupun dalam saat-saat yang getir dan 

menyedihkan ditinggalkan oleh suami, isteri masih lagi ada ruang dan peluang untuk mengumpul 

kekuatan bagi meneruskan kehidupan dengan adanya peruntukan undang-undang dan Hukum Syarak 

tentang kewajipan suami ke atas isteri dalam tempoh Iddah. Walaupun suami mengabaikan 

pemberian nafkah dalam tempoh Iddah isteri wajar meminta semula atas apa yang telah dibelanjakan 

sendiri memandangkan ianya dianggap sebagai hutang yang wajib dibayar semula. Sekurang-

kurangnya wanita yang diceraikan tahu bahawa beliau berhak untuk tinggal di rumah kelamin yang 

dahulunya beliau dan suami serta anak-anaknya tinggal disebabkan ada kes-kes berlaku di mana 

suami dengan sewenang-wenangnya terus menghalau isteri keluar dari rumah tesebut sebaik sahaja 

suami melafazakan talak. Para isteri di luar sana kumpulkan kekuatan mungkin ada hikmah apa yang 

terjadi Berbaik sangka lah pada sang pencipta.Mungkin dia bukan jodoh dan peneman kita di syurga.

Mudahan Allah temukan sang suami yang lebih baik yang sebelum ini, dan dia lah peneman kita di 

syurga firdaus nanti.AAMINN..









DOA ISTERI KEPADA SANG SUAMI:

.Sekiranya suamiku adalah jodoh yang di Rahmati oleh mu 
berikanlah aku kekuatan untuk menerima baik maupun buruk dari tingkahlakunya.

Tetapi YA ALLah sekiranya suamiku ini di takdirkan bukan untuk diriku seorang,
 maka tunjukkanlah jalan terbaik untuk aku arungi segala takdirmu.

Sekiranya suamiku mencitai kesesatan engkau pandulah aku untuk menarik dirinya dari terus terlena.

YA ALLAH YA RABBI engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untukku.engkau juga yang maha mengampuni segala kekhilafan dan kesalahanku.

Seandainya aku tersilap membuat keputusan maka bimbinglah aku kejalan yang engkau redhai.sekiranya aku lalai dari tanggungjawab seorang isteri maka hukumlah aku di dunia tetapi jangan di akhirat mu.sekiranya aku ingkar dan derhaka maka berilah aku petunjuk kearah rahmat mu.

YA ALLAH sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk mu


Aku hina tanpamu.YA ALLAH kuatkan hati ku ,tabahkan hati ku menghadapi ujianmu, jadikan aku isteri yang disenangi suami.Bimbinglah aku untuk menjadi isteri yang solehah isteri yang dikasihi ,isteri yang sentiasa di hati dan isteri yang diredhai.
AAMIN.







VIDEO INI MENUNJUKKAN SANG SUAMI MENYALAHKAN SI ISTERI TIDAK BEKERJA HANYA SURI RUMAH TANGGA SAHAJA.PADAHAL DALAM ERTI KATA LAIN SURI RUMAH TANGGA JUGA DINAMAKAN KERJAYA.CUBA BAYANGKAN SANG SUAMI JIKA ISTERI TIADA DI RUMAH ATAU MENINGGAL DUNIA SIAPA YANG SANGGUP MELAKUKAN KERJA RUMAH TANGGA YANG DILAKUKAN ISTERI SELAMA DIA MENJADI ISTERI ANDA.INI LAH PENGORBANAN SEORANG ISTERI YANG SUAMI TIDAK NAMPAK.








WAHAI WANITA YANG TERANIAYA DAN DIZALIMI JANGANLAH BERSEDIH..

ALLAH MAHA MENDENGAR DOA HAMBANYA.PERCAYALAH.YANG PENTING YAKIN 100%  PADA SANG PENCIPTA.







































2 comments:

  1. islam sangat menjaga kaum wanita.. ini adalah salah satu nya bagaimna Islam memelihara wanita itu dengan ada nya hak bagi mereka setelah bercerai..

    ummu syafiqah binti shahrol bahrin
    GB02384

    ReplyDelete
  2. Mohegan Sun: Now Open, Open, And Enhance Your
    UNCASVILLE, CT (March 18, 2021) – Mohegan Sun is open 전라북도 출장샵 and excited 세종특별자치 출장마사지 to welcome you back 나주 출장샵 to a world 나주 출장샵 at play! Mohegan 울산광역 출장마사지 Sun Casino has rebranded to

    ReplyDelete